Blog ini ditubuhkan atas kerana minat terhadap dunia penulisan. Well, saya adalah seorang amatur yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan secara terbuka. Actually saya dah mula menulis sekitar darjah 5 tapi penulisan saya tidak pernah dibaca oleh sesiapa memandangkan masa tu tahap penulisan yang sangat rendah dan malu nak tunjuk pada sesiapa. Saya pun tak ingat apa yang saya tulis sebenarnya. :p
Saya pernah menyiapkan beberapa karya pendek dan pernah dibaca oleh kawan-kawan sekolah. Erm.. komen yang diterima? Haha.. Ada yang postitif dan tak ketinggalan komen-komen negatif pun ada. Terima kasih buat semua,komen-komen positif dan negatif yang diterima boleh memperbaiki lagi tahap penulisan saya,
Yang kelakarnya, karya-karya yang saya tulis banyak yang hilang disebabkan dipinjam oleh banyak tangan sampai saya sendiri terlupa siapa yang meminjamnya. Dulu saya tidak menulis dalam komputer. Saya hanya menulis di dalam buku latihan yang tidak habis digunakan dan sebagainya.
So that all buat perkenalan. Semoga anda terhibur dengan karya-karya yang saya tulis. Komen anda sangat dialu-alukan untuk memperbaiki mutu penulisan saya.
ENJOY!!!!!
No comments:
Post a Comment