Tuesday, 20 January 2015

Lelaki Itu Bernama Rose.



   “Kau gila nak suruh aku jadi driver.Kau tau kan aku ni perangai macam jantan pun aku tetap perempuan.Driver tu kan kerja untuk lelaki.”Bebel Raz tidak berpuas hati dengan pekerjaan yang ditawarkan oleh rakannya itu.
  “Aku tahula pekerjaan ni untuk lelaki.Tapi kau kena fikir elok-elok.Gaji dia lumayan tu.Mana ada orang nak bagi kau gaji mahal macam ni dengan hanya memandu kenderaan.Satu lagi boleh kau merasa naik kereta mewah bro.  “ Ujar Ayu. “Tak nak aku.Dibuatnya dia tahu aku ni perempuan tak pasal-pasal mati aku.Kau tengokla tu dia kata pekerjaan ni untuk lelaki.Hish,tak nak aku.”bantah Raz.
 “Huh (tertawa mengejek).Sejak bila si gagah berani Raz ni takut pulak dengan benda remeh ni.Selama ni siapa yang tahu kau ni perempuan selain aku dan mak bapak kau ajer.Takkan takut kot dengan perkara sekecil ni yang kononnya dulu boleh selesaikan dengan hanya petik jari.”peril Ayu.
 “Eish..Kau perli aku ek.Ok fine.Aku akan pastikan aku dapat pekerjaan ni and buktikan aku bukan penakut.”kata Raz sambil berdiri yakin. Ayu tersenyum.Akhirnya Berjaya juga dia memujuk gadis ini meninggalkan zaman anggur nya.
    *********
Raz berjalan memasuki ruang pejabat yang dilengkapi dengan penghawa dingin itu sebaik sahaja namanya dipanggil.
  “Silakan duduk.”Ujar seorang perempuan yang tersenyum manis ke arah Raz.Gadis itu berdiri di sebelah seorang lelaki yang kelihatan sangat serius menghadap komputer ribanya. Raz memerhati wajah lelaki itu. ‘Uwah,kacaknya dia.Kalah muka aku.Tak boleh jadi ni.’Raz berbicara sendiri di dalam hati.
  “Apa nama kau?”Tanya lelaki itu. “Err…Raz..”jawab Raz. “Raz?Raz apa?Kau tak ada bapak ke?”Tanya lelaki itu kembali.’Aku ada bapakla bodoh.Sebab tu aku lahir dalam dunia ni.’getus hati Raz. “Err…Razman binti Harun.”jawab Raz. Lelaki itu berhenti menghadap komputer ribanya dan memandang ke arah Raz dengan wajah yang serius.
 “Kau ni spesies lelaki dari planet mana?Setahu aku lelaki ni berbin bukan berbinti.”tanyanya. Raz meneguk air liur. “Hahahaha (Raz berpura-pura tertawa untuk menutup malu) ..Saya tersilap. Razman bin Harun.”jawab Raz semula. “Hurm..Dah berapa tahun ambil lesen?” tanyanya lagi.
 “Err…lima.”jawab Raz. “Kau tahu ke bawak kereta?”Tanya lelaki itu lagi. ‘Apa punya bodoh soalan.AKu ambik lesen tu kira tahu la.Eii..’getus hati Raz. “Erk..yaa..pandai.”jawab Raz. “Bila kau boleh mula kerja?”Tanya lelaki itu. “Err..sekarang pun boleh.”jawab Raz.
  “One question.Kau tak boleh ya jawab soalan aku tanpa bunyi errr…erkkk…or whatever.”Tanya nya semula. “Hah?”Tanya Raz semula. Lelaki itu menjeling sekilas dan kemudian. “Fine whatever.Esok mula kerja.Datang dekat alamat ni tepat pukul 8 pagi.On the time.Ambik kunci kereta ni.kau boleh bawak balik kereta tu dan pastikan taka da calar sedikit pun pada kereta tu.”ujar lelaki itu sambil melemparkan kunci kereta tersebut kepada Raz,
 “Really..saya dapat kerja ni?Terima kasih.Terima kasih banyak-banyak.”ujar Raz gembira. “Ingat datang tepat pukul 8 pagi.Kalau lewat seminit pun siap kau.”ujar nya dan berlalu.
 ‘Walaupun mulutmu jahat macam durian sebab dia berduri tapi hati kau baik.Terima kasih.’ Puji yang tak berapa nak memuji itu ikhlas diberikan kepada lelaki yang baru sahaja menjadi majikannya. ‘Tapi kenapa aku jadi gagap ajer jawab soalan dia tadi.Sejak bila kau jadi pengecut bro.Arghh…’bebel Raz sendiri.
 “Razman,ikut saya.Nanti saya tunjukkan kereta Encik Firdaus.”ujar gadis itu. “Erm..Saya ada soalan sedikit cik …”Raz memulakan bicara. “Raisya.Panggil ajer saya Raisya.Tak payah bercik-cik.”ujar gadis itu. “Erm..ya Raisya. Erm..Encik Firdaus ni macam mana orangnya?Err..tapi kalau Raisya tak nak jawab pun tak apa.”Raisya tersenyum.
  Dia mengajak Raz duduk di salah sebuah kerusi sebelum dia memulakan bicara. “Encik Firdaus cerewet sikit orangnya.Tapi dia baik.Kalau pekerja lewat satu saat pun dia akan marah.Sebabnya dia seorang yang sangat menepati masa.Kalau pukul 9 dia ada mesyuarat pukul 8.30 tu dia dah siap sedia.Dan satu lagi dia tak suka kalau orang bawak kereta melebihi had laju 90 kilometer per jam.Kalau tak mesti Raz dah kena pecat.”ujar Raisya.
 Raz mengangguk-ngangguk. ‘Cerewet jugak mamat ni.’Raz berbicara di dalam hati. “Eh,Raisya ada kerja ni.Raisya pergi dulu ya.Jumpa lagi.Oh ya,kereta Encik Firdaus ada di tempat parking pengarah di depan tu.Warna hitam.”ujar Raisya dan terus berlalu pergi.Raz hanya mengangguk.Topi yang menutup rambut separas pinggangnya itu dibetulkan.
 Tiba-tiba ada seorang gadis yang membawa berpuluh buah fail tersadung dan terjatuh di sebelahnya. Raz segera membantu gadis itu. “Terima kasih.Ish…cuai betul saya ni.”ujar gadis itu tanpa memandang wajah Raz. Ketika gadis itu memandang wajah Raz dia berhenti seketika dan kelihatan malu-malu.
 Raz tersenyum ke arahnya. “Tak apa.Mari saya tolong awak hantarkan fail ni.”ujar Raz. “Erm..terima kasih.Awak ni siapa?”tanya gadis comel itu lagi. “Saya Razman.Pemandu baru Encik Firdaus.”jawab Raz. “Ouh,jadi awak kerja dengan Encik Firdaus la ya.”ujar gadis itu lagi.
  Mereka berdua berjalan menuju ke arah sebuah bilik.Setelah meletakkan fail-fail itu gadis itu menoleh ke arah Raz. “Nama awak?”tanya gadis itu. “Ouh,saya Razman.Panggil Raz jer.”jawab Razman.
 “Ouh,Saya Balqis.”beritahu gadis itu. “Ouh,Balqis.Tak apalah saya pergi dahulu ya.Lagipun saya ada kerja ni.”jawab Raz. “Baik.Tapi boleh saya nak minta….minta…err….nombor telefon awak?”tanya Balqis.Wajahnya sedikit memerah. Raz sedikit pelik kenapa gadis ini kelihatan sedikit malu-malu dengannya.
 “Boleh jer.”jawab Raz.Setelah bertukar-tukar nombor telefon mereka berdua berpecah menuju ke destinasi masing-masing.
*******
  “Fuyooo…kereta Lamborghini tu.Wah,wah,wah…dah lama aku mengidam kereta macam ni.Akhirnya boleh jugak aku naik kereta ni.”ujar Raz. Dia mengelap cermin sisi kereta mewah itu dengan hujung lengan baju T-shirnya. 
 Dia membuka pintu kereta itu dan setelah dia duduk di atas kerusi itu dia duduk dan mula menghidupkan enjin kereta.Dia melihat banyak butang yang terdapat di dashboard kereta.Dia menekan salah satu punat yang dilihatnya memiliki simbol yang agak menarik dan tiba-tiba bumbung kereta itu terbuka.
  “Wah,seronoknya.Bumbung kereta ni boleh terbuka.”jerit Raz. Tiba-tiba kepalanya diketuk. Dia segera berpaling dan terkejut melihat wajah kacak majikannya itu sedang memandang ke arahnya. “Encik Firdaus.”Raz segera keluar daripada kereta dan berdiri menghadap majikannya.
  “Huh,jangan sesuka hati nak tekan butang kereta ni sesuka hati.kalau rosak kau ada duit ke nak bayar kereta ni.”Jerkah Firdaus.Raz tunduk sedikit. “Maaf Encik Firdaus.”ujar Raz. “Kau boleh mula kerja hari ni tak?”tanya Firdaus.
 “Hah,kenapa?Bukannya esok baru mula kerja?”tanya Raz. “Sebab tu aku tanya boleh kerja hari ni tak? Sebab aku ada kerja nak pergi ke tempat lain.”jerkahnya lagi. “Ouh,boleh ajer.Saya tak kisah.”jawab Raz. “Good.Aku nak pergi Blue Whales Company.Cepat sikit.”ujarnya.
 “Baik bos.”jawab Raz.Dia segera masuk ke dalam kereta dan setelah Firdaus berada di dalam kereta dia mula memandu keluar dari perkarangan Syarikat Ocean Bloom itu .
  Sepanjang perjalanan suasana sunyi menyelebungi mereka berdua. Raz mula berasa bosan.Nak pasang radio takut dimarahi majikannya itu pula. Dia melirik ke arah cermin untuk melihat aktiviti majikannya itu.kelihatan majikannya itu sedang mengurut tengkuk. ‘Wah,cool la pulak aku tengok dia ni.’getus hati Raz.
 Raz mengalihkan pandangannya dan focus terhadap pemanduannya.  “Kau ni sebenanrnya lelaki ke perempuan? ” tanya Majikannya itu. “Hah?”ujar Raz terkejut. “Aku tanya kau ni lelaki ke perempuan?”tanya Firdaus lagi. “Err.. mestilah lelaki bos.”jawab Raz.
 “Kau patut pergi gim.Badan kau tu tak menunjukkan langsung ciri-ciri lelaki.Kau patut banyak pergi gim. Malu aku tengok badan lelaki macam perempuan.”ujarnya pedas. Raz mengetap bibir. “Dah memang keturunan saya macam ni bos.”jawab Raz.
  “Kulit muka kau pun lembut macam perempuan.”kata Firdaus  sambil memegang pipi Raz secara tiba-tiba menyebabkan Raz terkejut. Raz memegang pipinya.
  “Eish,bahagian mana la yang kau ni macam lelaki.Semua nampak macam perempuan.”ujar Firdaus lagi. Raz mengukir senyuman. ‘Eish,macam mana aku nak macam lelaki dah aku ni perempuan.Oh lupa.Kau tak tahu yang aku ni perempuan.’ujar Raz.
 Sebaik sahaja tiba di Blue Whales Company Firdaus mengambil failnya dan berkata. “Kau ikut aku.”ujarnya. “Hah?” ujar Raz. “Ikut aku sekarang.”ujar Firdaus sekali lagi.
 Raz mengangguk dan segera menutup enjin kereta dan mengikuti langkah Firdaus. Mereka memasuki syarikat perkapalan terbesar di Malaysia itu. Seorang lelaki menyambut ketibaan Firdaus . “Encik Firdaus,Datuk Kamal dah menunggu encik di sana.”ujar nya.Firdaus mengangguk dan menuju ke arah yang ditunjukkan.Raz hanya mengikuti langkahnya.
 Firdaus bersalaman dengan Datuk Kamal dan mereka mula berbincang tentang projek terbaru yang akan diadakan. Firdaus memperkenalkan Raz sebagai pembantunya. Baru 10 minit perbincangan dimulakan Raz mula panas punggung.Satu apa pun dia tak faham tentang tugas yang diperkatakan.
 Ketika air dihidangkan kepada mereka Raz segera meneguk habis air itu tanpa menghiraukan sesiapa di sekeliling hinggakan dia tersedak kecil. Raz mendapat hadiah jelingan kecil daripada Firdaus dan Datuk Kamal hanya tersenyum.
 “Maaf,dahaga.”jawab Raz. “Tak apa.Minum ajer.Nadia tolong hidangkan air baru untuk dia.”pinta Datuk Kamal. Raz tersengih. Perbincangan Firdaus dan Datuk kamal berlanjutan hingga hampir sejam. Raz cuba perbagai cara bagi menghilangkan bosan.Dia cuba mencapai majalah yang ada berhampiran. Tapi majalah itu lebih membosankan berbanding mendengar perbualan Datuk Kamal dan Firdaus. Semuanya melibatkan perniagaan.
  “Err,,,saya nak minta diri ke tandas sekejap.”ujar Raz. Firdaus hanya mengangguk dan perbualan mereka berdua diteruskan.
  Raz berjalan keluar daripada pejabat itu dan mula mencari tandas.Dia meregangkan badan. “Wah,leganya dapat lepaskan diri.”ujarnya.
  Semasa dia sedang berjalan tiba-tiba dia dirempuh oleh seorang lelaki.Dia terjatuh terduduk di atas lantai . Rempuhan kuat itu menyebabkan bahu nya sakit. “Aiyark….sakitnya.Gajah mana la yang langgar aku ni.”rungutnya. “Maafkan saya.”ujar lelaki itu sambil menghulurkan tangannya.
 Raz menyambut huluran tangan lelaki itu dan lelaki itu menariknya supaya dia dapat bangun. “Maaf sekali lagi cik….?”Tanya lelaki itt. “Raz.”jawab Raz. “Raz? Awak ni perempuan kan?”Tanya lelaki itu. “Hah?Eh tak.Saya lelaki la.” Jawab Raz.
 “Tipu la.Tangan awak sangat lembut dan wajah awak pun menunjukkan awak ni seorang perempuan.”ujar lelaki itu. “Tak,tak tak…saya lelaki.Betul.Tak tipu.”ujar Raz bersungguh-sungguh.Sambil itu dia memerhati kalau-kalau Firdaus berada berhampiran.
  Tiba-tiba lelaki itu menarik topi yang dipakai oleh Raz menyebabkan rambut nya yang panjang terurai.Raz ternganga. “Betul kan tekaan saya.”ujar lelaki itu. Raz segera mencapai topi itu dan memakainya kembali.Rambutnya dimasukkan ke dalam topi. Wajahnya masam mencuka. “Maafkan saya.”ujar lelaki itu.
  Raz memandang wajah lelaki itu dengan wajah masam mencuka.Lelaki itu tersenyum.  “Hei Firdaus.Apa khabar? Lama tak jumpa.”kata lelaki itu. Raz segera berpaling.Ternyata majikannya itu sedang berdiri di belakang nya. ‘Alamak,mampus aku.Nasib baik aku sempat pakai topi.Ish,dia kenal ke bos aku ni.Janganla dia bagitahu aku ni perempuan.’getus hati Raz.
  “Yo bro.Ala..kau tu yang sombong.Aku ajak keluar tak nak.”jawab Firdaus. Firdaus berpaling ke arah Raz. “Kenalkan ni pemandu baru aku.Razman.”kata Firdaus memperkenalkan Raz kepada lelaki itu. “Ouh,Razman.Selamat berkenalan.”ujar lelaki itu dengan senyuman yang penuh makna.
 Raz hanya tersengih paksa.  Tangan lelaki itu dihulurkan untuk bersalam dengan Raz. “Razman.”ujar Razman. “Faris.”jawab lelaki itu. 
  “Eh,jom kita minum-minum dekat café.Aku ni pun baru habis berbincang dengan Datuk pasal tender terbaru aku.”ujar Firdaus. “Jom,Razman pun boleh join.”ajak Faris. “Hah,er,,o..ok..”jawab Raz lambat-lambat. ‘Alamak. Apasal la bos aku ni gatal mulut nak ajak pergi minum air segala.Cekik kang.’bebelnya di dalam hati.
 Mereka memasuki sebuah salah sebuah café di tepi bangunan Blue Whales Company. “Bila Razman ni mula kerja dengan kau?”Tanya Faris.Raz menjeling ke arah Faris geram. “Baru hari ni.Aku hajat nak suruh dia mula kerja esok tapi tiba-tiba pulak Datuk ajak aku berbincang.”jawab Firdaus.
 Faris mengangguk. “Waiter.”panggil Firdaus.
 Seorang pelayan datang membawakan tiga menu dan memberikan kepada setiap seorang. Raz membelek satu persatu menu itu.Semua makanan di situ dia tidak pernah dengar.Pelik-pelik namanya. Harganya pun memang ‘cantik’ punya.
  ‘Ish,menakutkan la nama makanan-makanan ni. Salad Bicacora. Spagethi no ziuci.Perestilla.Eii…apabenda tu.. Bicacora..Macam nama dinasour jer.’ujar nya sendiri. “Razman nak makan apa?”tanya Faris. “Err,entah.”jawab Raz. “Yang kau ni prihatin sangat pasal dia ni kenapa?”tanya Firdaus.
 Faris tersenyum. “Tak adala.aku nampak dia tilik menu tu macam nak tembus jer.Risau jugak aku.”jawab Faris dengan senyuman. Firdaus pula tertawa kecil. Raz mengetap bibir geram. ‘Ada jugak yang nak kena sula ni.’rungutnya.
 “Janganla marah Razman.Apa kata saya cadangkan Prestilla Avira No Danchi.Sedap tu.”ujar Faris. “Err…boleh jugak.”jawab Raz. “Satu Pasta herba,satu Salad Sleiche dan satu Prestilla Avira No Danchi.Tiga mocha.”Pesan Faris.
  Firdaus tiba-tiba memeluk leher Raz menyebabkan Raz tergaman. Faris juga kelihatan tergaman.Lebih-lebih lagi tangan Firdaus sangat dekat dengan dada Raz. “Lain kali bila berhadapan dengan orang besar tu buat perangai tu elok-elok sikit.Jangan malukan aku macam depan Datuk Kamal tadi.Kalau kau buat lagi sekali siap kau.”marah Firdaus.
 Raz berpura-pura tertawa dan melepaskan tangan Firdaus dari tengkuknya. Raz tersedu seketika.Faris pula menahan tawa.Firdaus pula hanya menjeling. “Faris,kau tahu tak Syila dah banyak kali telefon aku.Dia asyik tanya pasal kau jer.Kau tak nak ke jumpa dia sekali.Kesian aku tengok dia.”ujar Firdaus.
 Wajah Faris kelihatan berubah. “Hurm,entahla Fir.Aku malas nak fikir pasal perempuan tu.Dulu dia jugak yang mati-matian nak putuskan hubungan.Sekarang ni biar dia rasa pulak.”jawab Faris. Firdaus hanya menghembuskan nafasnya.
  “Dia cakap dia dah menyesal.”sambung Firdaus. “Erm,kalau dia menyesal kenapa dia tak mari mintak maaf dan telefon aku sendiri.Kenapa mesti melalui kau.”jawab Faris. Firdaus mengangkat bahu.
 Raz hanya memasang telinga mendengar perbualan dua sahabat itu.Tidak sampai lima belas minit kemudia hidangan tiba.
 Hidangan yang dipesan oleh Faris kepada Raz diperhatikan oleh Raz dengan penuh minat. ‘Nampak sedap’.getusnya di dalam hati. “Cubalah.Sedap tau.”kata Faris dengan senyuman.
 Raz mengambil sudu dan mula mengambil masakan itu. Dia kemudian menyuap ke dalam mulut.Setelah dikunyah satu maklumat dihantar ke otak untuk diproses dan kemudian maklumat dihantar pula ke mulut mengatakan bahawa masakan itu sangat …. “Pedasnya.”jerit Raz.Dia segera mengambil air dan meneguknya.
 “Arkk…pedas..pedas….”ucap Raz berkali-kali.Lidahnya terjelir-jelir mengalahkan anjing. Firdaus memandang ke arah Faris. “Jahat kau ek.”ujar Firdaus. “Hadiah perkenalan.”ujar Faris pula.Firdaus pula hanya menggelengkan kepala ke arah Raz yang sedang menggelupur kepedasan itu.
**********
Baru sahaja Raz ingin menghempaskan badannya di atas katil,telefon bimbitnya berdering. “Ala.masa aku nak rehat ni la ada orang nak telefon.”bebelnya.
  Dia menjawab panggilan itu. “Hello,siapa di sana.Saya di sini.”jawab Raz. “Hello Raz.Ni Balqis.”jawab pemanggil di sana. “Ouh,hai Balqis.”jawab Raz. “Maaf la Balqis mengganggu Raz malam-malam ni.”ujar Balqis.
  “Tak apa.Raz okey jer.”walaupun hati macam nak meletup. “Balqis sebenarnya nak ajak Raz lunch sama-sama esok.” ucap Balqis menyatakan hasratnya. “Ouh,tengokla kalau Encik Firdaus tak ada aktiviti dan saya tak ada nak hantar Encik Firdaus ke mana-mana.”jawab Raz.
 Balqis tertawa kecil. “Baikla.Erm..Balqis letak dulu.Selamat malam.Assalamualaikum.”ucap Balqis lembut. “Waalaikumsalam.”jawab Raz.
 ‘Eish,perempuan ni kenapa?Bukan main lagi nak ajak aku keluar segala.’rungut Raz. Dia berbaring di atas katil dan beberapa saat selepas itu dia tertidur.

 3.00 pagi.
  Telefon bimbit Raz berdering menandakan bahawa ada panggilan masuk. Raz bangun dan mengesat-ngesat matanya. “Eii…ni lahabau mana lak telefon aku pagi-pagi buta ni.Ada jugak yang nak kena smackup dengan aku ni,”bebel Raz.
  “Hello.Siapa ni.”jawab Raz kasar. “Bos kau.”jawab pemanggil. “Weh,bos aku?Bos mana pulak ni?”balas Raz. “Berapa juta bos yang kau ada dalam dunia ni hah?”jerkah pemanggil di sana. “weh,berani kau jerkah aku.Aku ada sorang jer bos dalam dunia ni.Nama dia Encik Firdaus a.k.a Encik cerewet yang suka jerkah aku macam kau ni.”balas Raz kasar.
  “What?”jerit orang di sana. Tiba-tiba Raz tersedar sesuatu. ‘Aduh,mampus aku.’.Dia melihat skrin telefon bagi memastikan nama pemanggil.
harimau cerewet
  Raz berpura-pura tertawa bagi menutup kesalahannya. “Err,bos..Haha..Saya ingatkan lahabau mana telefon saya pagi-pagi buta ni.”ujar Raz. “What?Lahabau?”jerkah Firdaus. “Eh,bukan.Saya maksudkan manusia mana.Err.. kenapa bos telefon saya pagi-pagi buta ni?”tanya Raz.
 “Kau bersiap-siap dan dalam masa sejam kau kena ada tercongak kat depan pintu rumah aku ni.Kita nak pergi Terengganu seminggu.Ada kes kecemasan.”jawab Firdaus. “Hah?Terengganu.Ouh..Ok..fine.”jawab Raz.
 “Cepat.Dalam masa sejam jer.”jawab Firdaus dan terus mematikan talian. “Ala.Malasnya aku.”jerit Raz dan dia menggelupur di atas katil.
 “Weh,bisingla.Apasal kau ni?”Jerit Ayu yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik Raz. “Aku kena pergi Terengganu seminggu.Bos aku ada kerja kat sana.”jawab Raz, “Ok fine.kalau ya pun jangan ganggu tidur aku.Lagi cepat kau pergi lagi aman rumah ni.”Marah Ayu dan terus menutup pintu bilik Raz.
 “Sampai hati kau.”ucap Raz sebak yang tak berapa nak sebak. Dia segera bangun dan mandi.Memasukkan baju yang harus dibawa ke sana. Sejak sebulan bekerja dengan Firdaus ini kali pertama dia harus ke luar negeri. Setelah itu dia segera bergegas ke rumah Raz dengan motorsikal EX5 yang sudah uzur benar.
  Sebaik sahaja tiba di sana kelihatan Firdaus sudah menunggu, “Lambat seminit.”ujar Firdaus.Raz mengeluh.Seminit pun nak berkira.  “kunci?”pinta Firdaus. “Tak apa.Biar aku drive.Nanti bila aku letih baru aku suruh kau drive.”ujar Firdaus.
 “Ouh ok.”jawab Raz. Kereta Lamborghini itu meluncur di atas jalan raya. “Wah,segarnya bawak kereta malam-malam macam ni dengan bumbung terbuka.” kata Raz. “Hmm..”jawab Firdaus. “Bos,apakata bos bawak laju sikit.Lagi best.” cadang Raz.
  “Huh.”dengus Firdaus. “Ok jer kalau kau nak aku bawak laju.Tapi kalau kau terbang jangan salahkan aku pulak.”perli Firdaus. “Bos.Saya tahula saya kurus.Tapi janganla perli saya pulak.”marah Raz.Firdaus tertawa.
 Firdaus menekan minyak dan kereta itu meluncur laju. “Wah,segarnya.”jerit Raz sambil mendepangkan tangannya. Angin malam yang menyerbu membuatkan mereka berasa sangat segar.  Raz tertawa kegembiraan.Firdaus mengerling seketika ke arah Raz dan ‘dup’ .Wajah ceria Raz menyebabkan hatinya berdebar kencang.Entah kenapa tetapi hatinya tiba-tiba berasa tidak tenang.
 Firdaus menekan brek secara tiba-tiba dan menyebabkan kepala Raz terhantuk dan topi yang dipakai Raz hampir tercbut.Raz segera membetulkan topinya. “Eish,bos.Kenapa brek mengejut.”marah Raz. “Weh,kenapa kau nak marah pulak.Suka hati akula nak brek ke tak nak.kereta aku.”marah Firdaus. Raz membuat muka kepada Firdaus.
 “Dah,kau pulak drive.”arah Firdaus, “Aik,tak sampai sejam bos.Dah nak tukar.”tanya Raz. Firdaus tidak menghiraukan kata-kata Raz dan terus keluar.Raz dengan terpaksa keluar juga menuju ke arah tempat pemandu.
  Raz kemudian memandu pergi melalui lebuh raya. Selepas lebih kurang 5 jam memandu mereka akhirnya tiba jua di Terengganu. Setelah itu mereka mencari hotel untuk menginap. Mereka berhenti di Prince Hotel. Firdaus dan Raz berjalan ke arah kaunter.
  Setelah bertanya bilik yang disediakan. “Maaf Encik.Cuma ada satu bilik kosong.Dua katil.”ujar gadis di kaunter. Mata Raz membulat. “Ok.Satu bilik pun satu bilik la.”ujar Firdaus. “Hah?Tak boleh.”jerit Raz.
 Semua mata memandang ke arah Raz. “Apasal pulak?”tanya Firdaus. “Err…Encik nak tidur ke dengan saya?Saya ni kan pemandu encik jer.Nanti kan jatuh standard encik tidur dengan saya.”kelam kabut Raz mencari alasan. “Usah pedulikan dia.Bagi saya bilik itu.Saya nak tempah untuk seminggu.”ujar Firdaus tanpa menghiraukan Raz.
 Raz sudah ternganga. “Bos.”panggil Raz. “Dah,bawak beg ke bilik sekarang.”arah Firdaus setelah selesai membuat pembayaran. “B..Bos..”ucap Raz separuh keluar suara.
  Raz membawa beg mengikuti langkah Firdaus. Sebaik sahaja tiba di bilik Firdaus membuka pintu bilik. Raz sedikit teragak-agak untuk masuk. “Cepatla.Kau nak tidur kat luar tu ke?”marah Firdaus. Raz memasuki bilik hotel itu.  Dalam bilik itu terdapat dua katil bujang, “Rapatkan katil ni.”arah Firdaus.
 “Hah.Tak payahla rapatkan.Saya ni tidur ganas sikit.Nanti lebam badan encik nanti.”ujar Raz mencari alasan. “Siapa cakap kita akan berkongsi katil.Katil ni untuk aku ajer.Kau tidur atas sofa tu,”tunjuk Firdasu ke arah sebuah sofa. “Hah?Ouh,.tak apalah kalau macam tu.”jawab Raz,
  ‘Atas sofa pun atas sofa la.Itu lebih baik berbanding tidur dengan kau.Ngeri,’bebel dia sendirian. “Bos.”panggil Raz sambil berpaling ke arah Firdaus. “Arghhh..”jerit Raz sebaik sahaja melihat tubuh tegap majikannya yang tidak berbaju.Dia segera berpaling ke arah lain.Dia mengibas-ngibas mukanya dengan tangan.Pasti wajahnya telah merah bak udang bakar sekarang.
  “Apasal kau menjerit.Kau tak pernah tengok badan cantik macam aku ni ke?”tanya Firdaus. “Erk..bu..bukan.Saya minta diri ke tandas dulu.”ujar Raz sambil bergegas ke arah tandas dengan mata tertutup.Firdaus menggelengkan wajahnya. “Apasal mamat tak betul tu?”tanya nya sendiri.
 Firdaus merebahkan diri ke atas katil. Lega apabila dapat merehatkan dirinya.Baru sahaja dia ingin melelapkan wajah tiba-tiba dia terbayang wajah Raz tertawa tadi. Segera dia membuka mata dan bangun. Dia menampar-nampar wajahnya. “Eish,kau gila.Kau gila.Apasal kau ni.”cakapnya sendiri.
 Ketika dia hendak berpaling dia terlanggar meja kecil yang disediakan pihak hotel untuk penginap hotel dan beg pakaian Raz yang terletak di atasnya terjatuh mengeluarkan isi begnya.Firdaus memasukkan kembali pakaian Raz yang terkeluar.Tiba-tiba dia ternampak satu tali berwarna pink yang ada di celah-celah baju.Dia menarik tali itu dan kemudian keluarlah dari celah-celah baju itu sesuatu yang tidak dijangkakan olehnya.
 Raz yang baru keluar dari tandas juga terkejut melihat apa yang dipegang oleh majikannya. Majikannya itu memandang ke arahnya. “Ba..baju dalam?”tanya Firdaus.Raz segera memandang ke lantai.Pastinya tembelangnya akan pecah.Firdaus memandang ke arah Raz serius.Raz pula langsung tidak memandang ke arah majikannya itu.
*******
      “Baju dalam?”tanya Firdaus. Raz menundukkan wajahnya.Langusng tidak berani menatap wajah majikannya itu. Tiba-tiba majikannya itu tertawa. Raz tergaman.
  “Ini kerja kau?Mencuri baju dalam.Baju dalam siapa yang kau curi ni?Atau baju dalam awek kau?”tanya Firdaus. Raz segera menuju ke arah majikannya dan mengambil baju dalam itu. Wajahnya merah menyala.Malu sungguh.Baju dalamnya di pegang oleh seorang lelaki.
  Majikannya itu belum berhenti tertawa. “Kau ni dahla badan kurus kering.Otak pun kuning.” kata Firdaus. “Bos.Dahla tu.”marah Raz, “Ok fine.Maaf.Tapi taste kau teruk la.Kenapa pilih yang cup C.Pilihla yang cup A punya.”ujar Firdaus.
  Raz mengetap bibir.Geram dengan majikannya itu.Tak padan dengan kacaknya tu. “Bos cakap saya otak kuning otak bos tu lagi kuning.”marah Raz. Firdaus tertawa lagi. “Dah la bos.Saya nak tidur.Penat layan bos ni.”marah Raz.Dia segera menuju ke arah sofa dengan kain selimut dan segera merebahkan badannya.
  Firdaus tersenyum geli hati. Firdaus turut merebahkan badannya di atas katil dan akhirnya mereka berdua tidur dalam keadaan yang sangat lena akibat letih.
 Setelah dua jam tidur Firdaus terjaga. Dia bangun dan menegangkan badan. Dia mengambil tuala dan bersedia ke bilik air. Tiba-tiba dia terpandang wajah Raz yang sedang nyenyak tidur. Hatinya kembali menjadi tidak keruan. Dia memegang dadanya.
 Dia menghulurkan tangannya dan memegang pipi Raz. “Lembut.”katanya. Dia memandang bibir Raz yang berwarna merah jambu. Dadanya semakin berombak deras. Raz yang masih lena bergerak sedikit dan membuatkan Firdaus terkejut,
 Dia segera berpaling dan menuju ke arah bilik air.Dia memasang air hujan dan mandi.Dia memegang rambutnya dan cuba menenangkan hatinya yang berdetak laju. “Mohammad Firdaus kau ni kenapa?Arghh…takkan kau suka pada lelaki pulak.Aku tak nak jadi kaum Nabi Lut.”marah Firdaus pada dirinya.
 Selesai mandi dia segera keluar daripada bilik air. Tubuhnya yang hanya ditutup dengan tuala dari paras pusat hingga lutut kelihatan sangat seksi dengan tubuhnya yang tegap.
 “Bos.Janganla tak pakai baju depan saya.”jerit Raz. “Kenapa?kau dengki tengok badan aku yang seksi ni?”tanya Firdaus. “Tak ada maknanya.”jawab Raz.
 Air daripada badan Raz yang basah menitik di atas lantai. “Habis tu apa salahnya aku tak berbaju depan kau?”tanya Firdaus. Raz menjeling dan segera menuju ke arah beg pakaiannya untuk mengambil tuala. “Kau tu kenapa tak pecat topi kau tu.Tak rimas ke?”marah Firdaus.
 Raz tidak memperdulikan pertanyaan Firdaus.Semasa dia sedang berjalan untuk mengambil tuala dia terpijak air yang menitik daripada tubuh basah Firdaus dan tergelincir.Firdaus menangkap badan Raz dan mereka berpusing dan terjatuh di atas katil.Badan tegap Firdaus menghempap badan Raz.
  Mereka saling berpandangan.Hati mereka berdua berdegup kencang. Raz segera menolak badan Firdaus dan berlari memasuki bilir air.Dia membasuh muka. ‘Aaa….malunya.Malunya.”Jerit Raz.
 Firdaus pula hanya terbaring di atas katil.Cuba menenangkan sekeping hati yang berdegup kencang. Dia kemudia memakai baju dan segera keluar daripada bilik hotel. Setelah Raz selesai mandi dia baru tersedar bahawa dia tidak membawa baju untuk disalin.
 “Alamak.Mati aku.Mati aku.”ucapnya sendiri.Dia segera menuju ke pintu bilik air dan mengintai sedikit. “Wah,dia tak ada.bagus.”jeritnya. Dia segera menuju ke arah beg pakaiannya dan mengambil baju untuk disalin.Setelah itu dia masuk semula ke dalam bilik air.
 Setelah dia menyalin baju dia keluar daripada bilik air. “Mana pulak dia pergi ni?Tinggal macam tu jer.Habis aku nak buat apa.”bebelnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. “Hello.”jawabnya.
 “Turun kat lobi sekarang.Jangan lupa kunci bilik.”setelah itu Firdaus mematikan talian. “Eii…geramnya.Belum sempat tanya apa-apa dah letak.Eii..”marah Raz.Dia segera mencapai kunci bilik dan turun ke lobi.
  “Bos.Kita nak pergi mana ni?”tanya Raz sebaik dia mendekati bosnya. Firdaus tidak menjawab soalan itu sebaliknya hanya berjalan pergi menuju ke arah keretanya.Dia memasuki ke arah tempat pemandu.Manakala Raz pula pergi ke arah tempat penumpang.
  “Bos,saya tanya kita nak pergi mana ni?”tanya Raz sedikit geram apabila soalannya tidak berjawab.Firdaus tetap diam dan tetap tekun memandu. Raz membuat muka dan berpaling ke arah lain.Dia memerhati ke arah pokok bunga yang ditanam di sepanjang jalan.
  Tiba-tiba dia teringat bahawa dia ada berjanji dengan Balqis untuk makan tengahhari bersama. Dia menghantar mesej kepada Balqis.
  Salam Balqis.Saya minta maaf tapi saya tak boleh temankan awak lunch hari ini.Saya kena temankan bos pergi Terengganu.
  Selepas menghantar mesej itu kepada Balqis dia terus menghayati pemandangan di sekitar sebelum dia mendapat balasan daripada Balqis.
  Tak apa.Janji awak kena ganti temujanji kita hari ini.Saya tunggu harinya bila awak nak temankan saya lunch sekali lagi.
 InsyaAllah ada masa saya temankan.
  Sepanjang perjalanan Firdaus hanya diam membisu. ‘ ‘Bos aku ni terkena penyakit diam ke pulak lepas jatuh tergolek atas katil tadi.’soal Raz pada dirinya sendiri.
 Mengingatkan kejadian itu wajah Raz tiba-tiba menjadi panas. Raz cuba mengawal diri dengan memandang pokok – pokok bunga yang sedang mekar berkembang. Mereka tiba di sebuah tapak bangunan yang sedang dalam proses pembinaan.
 Seorang pekerja memberikan mereka berdua topi keselematan. “Encik Faris dah ada kat dalam.”ujar seorang pekerja. Firdaus mengangguk dan berlalu. Raz segera memakai topi keselamatan itu dan mengikuti langkah Firdaus. Sebaik sahaja ternampak kelibat Firdaus dan Faris,Raz segera menuju ke arah mereka.
  Faris menghadiahkan senyuman yang menawan ke arah Raz.Sudah beberapa kali mereka bertemu dan setiap kali bertemu pasti ada sahaja idea Faris untuk membulinya.Raz hanya memberikan senyuman tak berapa nak ikhlas kepada Faris. Firdaus pula hanya memerhati dengan pelik ke arah mereka berdua.
 Dia perasan bahawa Faris agak memberikan perhatian kepada Raz.Dan itu menyebabkan hatinya sedikit sakit.Entah kenapa dia merasa sakit hati melihat perhatian Faris kepada Raz.
 “Apa yang kau nak beritahu aku semalam?”tanya Firdaus bagi mengalihkan perhatian Faris terhadap Raz. “Ouh,aku tengok ada bahagian yang tak kena dengan struktur bangunan ni.Cuba kau tengok ni. “ujar Faris.Dia kemudian menjelaskan tentang kejadian itu dengan lebih lanjut. Raz juga mencuri dengar walaupun dia tak berapa faham. Tapi biasanya dia hanya melihat di dalam drama seorang pengarah akan melawat tapak bangunan barunya.
 Dan dia tidak mengerti adakah perlu seorang pengarah melawat sebuah bangunan  yang belum siap. Bukankah pengarah hanya melakukan kerja pentadbiran dan urusan pejabat. Sekarang barulah dia faham.Dia juga inginkan sebuah bangunan yang selamat untuk bekerja di dalamnya.
 Firdaus dan Faris bergerak arah satu sudut yang lain manakala Raz hanya kekal di situ dan melihat struktur bangunan itu. “Woi budak.Lari.Ada batu jatuh.”jerit seorang lelaki ke arah Raz sambil menunjuk ke arah atas.Kelihatan sebuah batu besar yang terjatuh dari tingkat atas sedang menuju ke arah Raz.
 Firdaus dan Faris berpaling ke arah Raz. Raz yang terkejut tergaman dan tidak dapat berbuat apa-apa. Firdaus dan Faris berlari ke arah Raz dan Firdaus memeluk tubuh Raz dan mereka berdua terjatuh dan tidak sampai satu saat batu itu menghempas di mana tempat Raz berdiri tadi.
  “Arghh…sakitnya.”kata Raz sambil melihat ke arah sikunya yang luka. “Kau dah gila ke?Kenapa tak lari tadi. Kau nak mati muda ke?”jerkah Firdaus. Raz terpaku mendengar jerkahan itu. “Sa..saya terkejut sampai tak boleh lari.”  jawab Raz.
 Faris duduk di tepi Raz. Dia mengambil sebotol air mineral dan membasuh luka Raz. dKemudian dia membalut luka Raz dengan sehelai sapu tangan yang sentiasa dibawanya.  Firdaus memerhati dengan perasaan yang membara. “Boleh aku pinjam dia buat hari ini.”tanya Faris pada Firdaus.
  “Eh,tak boleh.Saya kena kerja.”jawab Raz. “Tak apa.Kau boleh pinjam dia hari ini.Lagipun aku ada nak pergi ke lain sekejap.”jawab Firdaus dan bangun meninggalkan mereka berdua.Dia lebih suka sebenarnya kalau Raz tidak ada bersamanya kali ini.
 Dia masuk ke dalam kereta Lamborghininya dan menghempas kan pintu kereta dengan kuat. Dia kemudian memandu laju pergi daripada situ. ‘Kenapa dengan bos aku tu?’Raz tertanya-tanya sendiri. “Ikut saya.” Arah Faris. “Hah,nak ikut awak ke mana?Dan kenapa awak nak pinjam saya daripada bos saya?”tanya Raz tidak berpuas hati. Faris tersenyum dan menarik tangan Raz mengikutinya.
  “Don’t worry.Saya tak akan buat apa-apa yang tak baik pada awak.”jawab faris dengan senyuman manis. “Saya tahu.Tapi saya berhak tahu ke mana awak nak bawa saya?”tanya Raz lagi. Faris mengenyitkan matanya dan menarik tangan Raz ke arah sebuah kereta BMW Series c130.
  ‘Hai,untung jugak aku jadi driver ni.Boleh naik kereta mewah ajer.’bilang Raz. “Masukla.”jemput Faris sambil membukakan pintu buat Raz. Raz segera memasuki kereta itu.Faris juga masuk ke dalam kereta itu.Kereta itu kemudian meluncur di atas jalan raya.
  Angin menerpa wajah Raz sebaik sahaja bumbung kereta itu dibuka. Tiba-tiba Faris mencabut topi Raz dan rambut panjang Raz terurai dan beralun cantik apabila angin menerpa. “Encik Faris.Saya nak topi saya balik.”pinta Raz. “Nope.Saya tak izinkan selagi saya masih pinjam awak.”jawab Faris. Raz mendengus dan menyandarkan badannya. “Haa..  kan cantik macam ni.Selama ni asyik pakai topi ajer.Hilang kecomelan awak.”puji Faris.
  Raz hanya membuat muka tak tahu.  Faris berhenti di hadapan sebuah farmasi.Dia keluar seketika dan keluar dengan plastik di tangan. Dia masuk semula ke dalam kereta dan menarik tangan Raz. Dia menyapu ubat ke siku Raz.. “Tangan seorang gadis tak boleh ada calar.Nanti tak cantik.”ujarnya sambil menyapu ubat ke siku Raz dengan tekun.
 “Terima kasih.”ucap Raz.. “Ouh,saya tertanya-tanya apa nama sebenar awak?Takkan nama awak Razman kot.”perli Faris. “Erm…bukan.”jawab Raz. “Habis tu apa nama sebenar awak?”tanya Faris. “Buat apa Encik nak tahu?”tanya Raz. “Tak nak bagitahu pun tak apa.Saya tak memaksa.”kata Faris.
  Selesai sahaja Faris membubuh ubat pada tangan Raz dia menyambung perjalanan. “Kita nak ke mana ni Encik Faris?”tanya Raz tidak selesa. “Saya akan bagitahu kalau awak bagitahu nama awak.”jawab Faris. Raz menjeling dan membuang pandangan ke luar tingkap. 
  Mereka sampai di sebuah butik pakaian wanita. “Kita nak buat apa kat sini?”Tanya Raz. Faris hanya tersenyum dan turun daripada kereta dan membuka pintu untuk Raz. Mereka masuk ke dalam butik itu dan seorang wanita menyambut kehadiran mereka. “Encik Faris bawak girlfriend nampaknya.”ujar wanita bernama Zuraidah itu. “Saya bukan girlfriend dia.”jawab Raz.
 “Ouh,tak payah malu-malu nak mengaku.Saya tahu Encik faris bukan seorang lelaki yang akan bawa perempuan sembarangan.”ujar Zuraidah. ‘Aish,ni pun satu lagi spesies yang tak faham bahasa.Kalau aku kata bukan tu bukanla.Eii.’marah Raz..
  “Encik Faris boleh pilih mana-mana baju yang disukai.Encik Faris nak tengok dress ke?”Tanya Zuraidah. “Bukan saya nak dia pakai baju yang sesuai dengan wajah dia.”jawab Faris. “Kalau macam tu saya boleh uruskan.”jawab Zuraidah. “Ok,I be waiting.”jawab Faris.
  Zuraidah membawa Raz ke salah satu bahagian di butik itu.Zuraidah mengambil beberapa helai blouse. Kemudia dia meletakkan di hadapan badan Raz.Dia memilih salah satu blouse jenis kembang bertangan panjang.Kemudian dia mengambil sehelai seluar jeans berwarna biru tua.Zuraidah menyuruh Raz masuk ke bilik persalinan dan menyalin baju. Selesai menyalin baju Zuraidah menyuruh Raz memakai sepasang wedges yang dihiadi reben yang sangat comel.
 Selepas itu dia disolek.Beberapa kali Raz bersin setiap kali berus bedak menyentuh wajahnya. Rambutnya juga didandan dan diletakkan pin rambut berbentuk rama-rama. Selesai disolek dia melihat wajahnya di dalam cermin. Hampir sahaja dia melompat kerana lain benar wajahnya ini dengan wajah kebiasaannya.Silap-silap ibunya tidak akan mengenali nya dengan berpenampilan begini.
 “Jom.”ajak Zuraidah. Raz keluar daripada bilik itu mengikuti langkah Zuraidah menuju ke arah Faris. “Encik Faris.” Panggil Zuraidah.Faris berpaling ke arah Raz.Dia berdiri dan menghampiri Raz. “Comel.”jawabnya. Buat pertama kali dia tergaman melihat seorang gadis dalam hidupnya.Setelah membayar untuk semua perkhidmatan yang diberikan Faris mengajak Raz pergi.
 “Ini jauh lebih elok daripada T-shirt besar dan seluar jeans lusuh yang selalu awak pakai.”ujar Faris. Raz Cuma mengikuti langkah Faris.
 Faris kemudian membawa Raz ke muzium diraja serta beberapa tempat menarik.Pertama kali sejak sekian lama Raz tidak merasakan dirinya seseronok ini.Sepanjang bersama dengan Faris,banyak juga lelaki yang cuba mengorat dirinya.
  “Encik Faris.Terima kasih sebab sudi bawak saya jalan-jalan hari ni.Dah lewat malam benar ni.Saya kena balik dulu.” Ujar Raz. “Raz,buat sekian kalinya saya nak Tanya.Erm…nama sebenar awak apa ek?Kalau awak sudi jawabla.” Tanya Faris.
 “Disebabkan Encik banyak tolong saya hari ni saya akan bagitahu.Erm,nama saya Rose Qistina.”jawab Raz. “Ouh,jadi tu la asal nama Raz.Rose jadi Raz.Nice name.”ujar Faris. “Brilliant.You got it.”jawab Raz.. “Boleh saya panggil awak Rose mulai hati ni?”Tanya Faris.
 “Erm…bolehla.”jawab Raz. “Tapi jangan panggil saya Rose depan bos saya yang cerewet tu.”pinta Raz lagi. Faris tertawa. “Cerewet?Haha..dia tak cerewet la.Dia sangat baik kalau awak menyelam betul-betul dalam hati dia.”kata Faris.
 “Erk?Erm,entahla.”jawab Raz. “Tak apalah.Saya kena balik sekarang.Boleh awak hantar saya balik sekarang.?”Tanya Raz. “Okey,saya hantar awak balik sekarang.Tapi awak kenala salin pakaian dan buang solekan kat muka awak tu.” Kata Faris. “Tahu.”jawab Raz.
 Raz menuju ke tandas dan menyalin pakaian sebelum Faris menghantarnya pulang. Raz berjalan menuju ke arah bilik tempat mereka menginap. Baru sahaja dia ingin mengetuk pintu,pintu bilik dibuka. “Lewat balik.Seronok pergi jalan-jalan?”Tanya Firdaus seakan memerli. “Mestila seronok.”jawab Raz seakan mencabar Firdaus. Firdaus menjeling. “Bos nak pergi mana ni?”Tanya Raz. “Nak turun ke café kejap.”jawab Firdaus.
 Firdaus berpaling ke arah wajah Raz.Agak lama dia memerhatikan wajah Raz dan tiba-tiba dia memegang wajah Raz. “Apa benda warna merah kat mata kau tu?”Tanya Firdaus. Raz tergaman.Itu pasti bekas eyeshadow yang tidak dicuci dengan elok tadi. “Err….tak ada apa-apalah.Mungkin saya mengantuk kot.Sebab tu jadi warna merah.”jawab Raz lantas terus berlalu masuk ke dalam bilik.
 Firdaus pula seakan-akan tidak berpuas hati dan berfikir-fikir.Kemudian barulah dia pergi ke arah lif untuk turun ke tingkat paling bawah.
 Raz segera masuk ke bilik air dan mencuci wajahnya sebelum membersihkan badan.Dia menilik sekali lagi wajahnya agar tidak ada solekan yang tertinggal. “Aish,nasib baik dia tak banyak Tanya.Kalau tak mati aku.”kata Raz kepada dirinya sendiri.
  Ketika Raz keluar daripada bilik air Firdaus sudah berada di dalam bilik. Firdaus sudah tertidur di atas katil. Raz mendekati majikannya itu. Raz memerhati wajah kacak majikannya itu. Alis mata yang lebat dan menawan.Bibir yang berwarna merah jambu menandakan dia bukan seorang perokok. Hidung yang mancung dan rambut pendek yang berwarna hitam berkilat.
  Tangan Raz menyentuh bibir Firdaus.  Kemudian merayap ke hidung dan mata.Sedang dia ralit memerhati tangan Firdaus memegang tangan Raz.Raz tergaman. “Apa yang kau buat?”Tanya Firdaus dengan mata tertutup. Mata Raz membulat. Firdaus membuka matanya. “Kau ni lelaki ke perempuan?”Tanya Firdaus sambil memandang tepat ke mata Raz. Mereka berdua berpandangan.Raz semakin kaku.

*******
Tangan Raz menyentuh bibir Firdaus.  Kemudian merayap ke hidung dan mata.Sedang dia ralit memerhati tangan Firdaus memegang tangan Raz.Raz tergaman. “Apa yang kau buat?”Tanya Firdaus dengan mata tertutup. Mata Raz membulat. Firdaus membuka matanya. “Kau ni lelaki ke perempuan?”Tanya Firdaus sambil memandang tepat ke mata Raz. Mereka berdua berpandangan.Raz semakin kaku.
 “Sa..saya..”Raz tidak dapat mencari sebarang alasan.Tiba-tiba Firdaus melepaskan genggaman tangannya dan kemudian dia menyambung tidurnya. Raz terjelopok di tepi katil. Getaran di dada masih belum hilang. “Ahh..dia ni tidur pun boleh mengigau sampai macam ni.Aish,menakukan betul.”ucap Raz..
  ‘Ish,kenapa hati aku berdegup kencang lain macam ajer bila dia pandang aku tadi.’tanya Raz sambil menggenggam baju. “Ish,tak boleh jadi ni.Mesti aku letih sangat.Kena tidur ni.”kata Raz lalu segera menuju ke arah sofa . Dia membaringkan badan dan menyelimutkan badannya hingga paras kepala. “Tidur.Tidur.Tidur.”kata Raz berulang kali.Akhirnya dia tertidur jua.
  Keesokannya,Firdaus bangun awal pagi lagi. Dia menggosok-gosok tengkuknya yang sakit.Mungkin akibat tidak kena gaya tidur.Dia meraup wajahnya. Kemudian dia berpaling ke arah Raz. ‘Apasal sejak akhir-akhir ni aku selalu mimpikan kau?’getus hatinya.
 Dia menuju ke arah Raz. “Woi,bangun.Bangun.”gerak Firdaus sambil menggoncangkan badan Raz. Raz menggeliatkan badannya. “Eish,mengantuk la.”jawab Raz lantas menarik selimut menutupi wajahnya.Firdaus menarik selimut itu. “Woi,bangunla.”marah Firdaus. Raz tidak memberikan sebarang tindak balas.
 “Bangun.”ujar Firdaus sambil menarik topi Raz dari kepalanya. Rambut Raz terurai lembut. Firdaus tergaman. Tangannya teragak-agak untuk memegang rambut Raz.. “Ka…kau perempuan.”bicara Firdaus sendiri. Firdaus kelihatan tergaman dan tidak tahu untuk memberikan respon.
 Dia terimbau kembali tentang mata Raz yang tercalit sesuatu berwarna merah,baju dalam dan perkenalan dirinya semasa mula-mula dia ditemuduga. “Huh,patutla dada aku sentiasa tak tenang bila bersama kau.Ni sebabnya.”ujar Firdaus sendiri. Dia mengambil rambut Raz dan menciumnya. “Wangi.”ujarnya sendiri.
 Dia meletakkan kembali topi Raz ke atas kepalanya seperti sedia kala dan masuk ke bilik air. “Pandai kau tipu aku. Takpe.Lepas ni tengokla apa yang aku akan buat kat kau.”azam Firdaus penuh makna.
********
     Raz dan Firdaus sedang menikmati sarapan yang dihantar ke dalam bilik. “Bos,hari ni kita ada nak ke mana-mana?”Tanya Raz. “Tak ada.Kita rehat ajer dalam hotel ni.Kita boleh bermanja-manja.”Ujar Firdaus.
 Raz tersedak. “Apa bos cakap tadi?”Tanya Raz. “Tak ada apa-apa.”jawab Firdaus. “Ouh,saya silap dengar kot.”jawab Raz. ‘Hish,aku kena korek telinga aku ni.Dah tersumbat agaknya.’bicara Raz di dalam hati. “Erm, nanti lepas ni kita pergi berenang dekat swimming pool.”ajak Firdaus. “Ouh ok.”jawab Raz.
 Selepas makan mereka segera menuju ke kolam renang di tingkat paling atas hotel. Firdaus memecat bajunya dan hanya memakai seluar renang. Raz tidak memandang langsung ke arah Firdaus. Wajahnya kembali memerah. Firdaus menyembunyikan senyumannya. “Kau pun ikut aku berenang.Buang la baju tu.”kata Firdaus.
 Mata Raz membuntang. “Err…tak apala.Saya tak pandai berenang.Bos ajerla berenang.”kata Raz. “Tak apa.Meh aku ajar.”kata Firdaus. “Ta..tak mahula.Saya tengok aje bos berenang.”kata Raz. Firdaus menuju ke arah Raz dan cuba memegang baju Raz untuk membukanya.
 “Bos,tak nak.Tak nak.Biar bos aje pergi.”kata Raz sambil memegang bajunya. “Really?Ok fine.”kata Firdaus. Firdaus segera terjun ke dalam kolam renang dan menyebabkan air terpercik ke arah Raz. “Bos.”marah Raz. Firdaus hanya mengenyitkan matanya.
 Setelah puas berenang mereka pergi ke gim. Hampir sahaja mata Raz tercabut melihat lelaki-lelaki yang tidak berbaju dengan tubuh tegap mereka itu. “Cuba kau angkat bulldozer ni.”kata Firdaus sambil memberikan sebuah bulldozer 10 kilogram kepada Raz.
 Raz mengambil bulldozer itu. “Beratnya bos.”jerit Raz. “Ala,takkan yang ringan macam ni pun kau tak boleh kot.Malula.”kata Firdaus. Raz meletakkan bulldozer itu ke lantai. “Aduh,sakit tangan saya.”bebel Raz.
  “Eleh,manja.”peril Firdaus. Raz memuncungkan bibirnya.
 Setelah puas berlatih di gim mereka kembali ke bilik.Habis lenguh-lenguh badan Raz dibuli oleh Firdaus. “Seronok?” Tanya Firdaus. “Seronokla sangat bos.”balas Raz sambil menjeling ke arah Firdaus.
 Raz merebahkan badan ke atas sofa. “Raz.”panggil Firdaus. Raz berpaling ke arah Firdaus. Firdaus memberikan isyarat supaya Raz datang ke arahnya. Dengan malas Raz menuju ke arah Firdaus. “Apadia?”Tanya Raz. “Duduk sini.”kata Firdaus menyuruh Raz duduk di sebelahnya di atas katil.
 “Kenapa bos?”Tanya Raz. “Duduk ajerla.”arah Firdaus. Raz duduk dengan perasaan tidak selesa. Firdaus memeluk tengkuk Raz.  Baru sahaja Firdaus ingin memulakan bicara telefon bimbitnya yang berada di tepi Raz berdering.  Firdaus mengambil telefon bimbitnya dan semasa ingin mengambil telefon bimbitnya wajah Firdaus dan Raz sangat dekat.Hinggakan jika Firdaus bergerak sedikit lagi pasti Raz akan mendapat ciuman percuma daripada Firdaus.
 Dada Raz berdegup kencang.  Setelah selesai menjawab panggilan itu Firdaus bangun daripada katil dan berkata.  “Kau tunggu sini.Jangan pergi ke mana-mana sampai aku telefon kau.”kata Firdaus. “Hah?Ok.”jawab Raz.
 Firdaus keluar daripada bilik meninggalkan Raz yang sedang berteka-teki. “Apahal la pulak bos aku ni.Tadi kata tak nak pergi mana-mana.”ucapnya.
******
  “Apasal kau nak jumpa aku ni?”Tanya Firdaus. “Aku nak minta supaya Raz bekerja dengan aku.Aku sanggup bayar berapa ajer asal kau bagi dia kerja dengan aku.”jawab Faris.
 “Huh,apasal tiba-tiba jer kau nak ambil dia kerja ngan kau?”Tanya Firdaus, “Kau tak perlu tahu.”jawab Faris. “Atau kau dah tahu sesuatu pasal dia?”Tanya Firdaus.Faris berpaling ke arah Firdaus. “Maksud kau?”Tanya Faris. “Huh,kau tak perlu berpura-pura.Aku tahu kau tahu sesuatu pasal dia kan?”Tanya Firdaus.
 “Apa maksud kau?”Tanya Faris keras. “Kau dah tahu bahawa dia tu perempuan kan?”Tanya Firdaus. Mata Faris terbuka luas. “Macammna kau tahu?”Tanya Faris. “Kau tak perlu tahu macammana aku tahu.Tapi aku tak akan bagi dia pada kau.”jawab Firdaus. “Kenapa kau tak nak bagi dia pada aku?”Tanya Faris. “Sebab..sebab aku sukakan dia.” Jawab Firdaus menyebabkan Faris terdiam.
 “Huh,aku nak kau jauhkan diri daripada dia sebab dia akan jadi milik aku.”ujar Firdaus lantas berlalu pergi. Faris mengetap bibir geram. Wajahnya menunjukkan riak kecewa.
 Firdaus segera balik ke bilik hotel. Ketika dia masuk ke dalam biilik hotel Raz sudah tertidur di atas sofa. “Eh,bos dah balik?”Tanya Raz yang tersedar. Firdaus menarik tangan Raz keluar daripada bilik hotel. “Eh,kita nak ke mana ni bos?”Tanya Raz hairan.
 Firdaus tidak menghiraukan pertanyaan Raz. “Bos sakitla bos.”rayu Raz.Genggaman kasar Firdaus menyebabkan tangan halus Raz berasa perit. “Bos,lepaskan saya.Sakit.”rayu Raz lagi.
  “Masuk.”arah Firdaus supaya Raz masuk ke dalam kereta. Raz hanya menurut. Firdaus pula segera menuju ke tempat pemandu. Raz mengusap-ngusap tangannya yang sakit. Firdaus memandu keretanya menuju ke arah utara.
  “Bos, kita nak pergi mana ni?”Tanya Raz. “Kau jangan banyak tanya.”jawab Firdaus.Raz memuncungkan bibirnya. “Dan jangan buat bibir macam tu.”kata Firdaus.  Mereka tiba di tepi Pantai Batu Buruk. Angin pantai bertiup kencang. “Aku nak kau buat pengakuan apa yang pernah kau tipu aku.Segala benda yang kau pernah tipu aku,aku nak kau mengaku sekarang.Segalanya.”kata Firdaus tanpa memandang wajah Raz.
 “Ma..maksud bos?”tanya Raz. “Apa sahaja yang kau pernah tipu aku,aku nak kau buat pengakuan sekarang.Tak kira apa pun.”kata Firdaus.
 Raz meneguk air liur.Seperti ada sesuatu yang dimaksudkan oleh majikannya itu.Tapi dia dapat mengagak sedikit sebanyak apa yang diinginkan oleh majikannya itu. “Sa..saya tak ada tipu apa-apa pun bos.”jawab Raz. Firdaus memandang wajah Raz. “Are you sure?”tanya nya. Raz mengangguk lambat-lambat.
  Firdaus mencabut topi Raz.Raz tergaman. “Habis tu apa semua ni?Apa penjelasan kau?”tanya Firdaus. Raz tidak dapat berkata-kata. “Apa penjelasan kau?”jerkah Firdaus menyebabkan Raz terkejut. “Sa..saya terdesak.Saya harus bekerja untuk menyara hidup.”jawab Raz.
  “Faris tahu kau perempuan?”tanya Firdaus walaupun dia sudah tahu jawapannya.Raz mendiamkan diri. “Dia tahu kan?”jerkah Firdaus. Kelopak mata Raz bergenang. Raz akhirnya mengangguk. “Perempuan macam kau ni memang menyusahkan hidup aku.Jadi selama ni sia-sia aku percayakan kau.Bodohnya aku.”jerit Firdaus pada Raz menyebabkan empangan air mata Raz pecah jua.
 “Maafkan saya.”kata Raz lantas segera keluar daripada kereta dan berlari menuju ke jalan raya dan menyekat sebuah teksi. Raz menangis sepuas-puasnya. “Perempuan macam kau ni menyusahkan hidup aku.”kata –kata Firdaus itu bermain-main di dalam hatinya.
 Sakitnya hati dilemparkan kata-kata begitu oleh seorang lelaki yang sudah dicintainya. Dadanya terasa begitu sempit. Dia berhenti di sebuah taman bunga. Di situ dia menangis sepuas-puas hatinya. “Maafkan saya.Saya tak sengaja menipu awak.”ujar Raz sendiri.
 Firdaus meraup wajahnya berulang kali.Entah kenapa dia berkata begitu pada Raz.Sedangkan hatinya ingin mengatakan sesuatu yang lain.Tapi dia merasa begitu marah kerana Faris mengetahui terlebih dahulu daripadanya. Hatinya terasa dicalar-calar. Tangisan Raz tadi telah menyebabkan dia terluka jua.
 Dia memandu keluar daripada Pantai Batu Buruk kerana cuaca bertukar menjadi redup menandakan hujan akan turun. “Raz,mana kau pergi?”tanya Firdaus sendiri.Sambil memandu matanya meliar-liar mencari Raz. Tidak sampai sepuluh minit kemudian hujan lebat turun membasahi bumi.Guruh berdentum menyebabkan Firdaus semakin risau.
  Dia cuba menghubungi nombor Raz namun tidak berjawab. Dia mengetuk stereng kerera kerana geram.Kenapalah dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya tadi. “Raz,mana kau?”jerit Firdaus.
 Raz memeluk tubuh menahan sejuk.Hujan yang turun membasahi tubuhnya. Dia cuba mencari tempat berteduh. Dia merupakan seorang yang alah terhadap hujan.Dia merasakan tubuhnya semakin lemah. Dadanya juga terasa sakit.
 “Rose.”panggil satu suara. Raz berpaling ke arah suara itu. “Encik Faris.”jawab Raz dan ketika itu juga dunianya menjadi gelap.Dia merasakan tubuhnya dirangkul.Selepas itu dia tidak mengingati apa-apa lagi.
******
  Firdaus merebahkan badan ke atas katil. Perasaanya berkecamuk. Geram,rindu, risau bergabung di dalam hatinya  . Hatinya berperang hebat.
 Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia melihat sekilas nama pemanggil.
Faris

  “Hello.”jawab Firdaus. “Hello bro.”jawab Faris. “Apa kau nak?”tanya Firdaus. “Huh,kau mesti tertanya-tanya kan ke mana Raz menghilang?”tanya Faris.
 Firdaus yang tadinya berbaring segera bangun. “Raz ada dengan kau?Kau kat mana sekarang?”tanya Firdaus. “Rilex bro.Dia selamat kat tangan aku.Dan kau tak perlu risaukan dia.Sebab aku akan bawa dia balik ke KL esok.”  Kata Faris.
 “Hei,bagitahu aku kau kat mana sekarang?”tanya Firdaus dengan suara yang separuh menjerit. “Huh,kau rasa aku akan jawab ke soalan pesaing aku?”tanya Faris sebelum menamatkan panggilan. Firdaus yang geram menumbuk dinding hingga tangannya luka.“Jahanam kau Faris.”marah Firdaus. “Arghh.”jeritnya.
  Raz membuka matanya perlahan-lahan.Kepalanya terasa berat. Sebaik sahaja dia membuka mata dia mendapati dirinya berada di sebuah bilik yang putih.Semuanya berwarna putih. DIa memegang kepalanya yang berat.
 “Rose.”tegur satu suara. Dia berpaling dan tersenyum. “Encik Faris.Erm,saya kat mana ni?”tanya Raz. “Rose kat hospital sekarang.Ingat tak Rose tak sedarkan diri tadi.”jawab Faris.
 Raz cuba mengingati kembali apa yang terjadi. “Ouh,saya ingat.Tapi macammana Enik faris boleh jumpa saya?”tanya Raz. “Saya dalam perjalanan ke pusat Bandar dan saya ternampak Rose sedang berjalan dalam keadaan lemah.”jawab Faris.
 “Ouh,Terima kasih sebab tolong.”jawab Raz. “Ouh ya.Lepas Rose dah berehat nanti kita akan bertolak ke KL.” Kata Faris. “Eh,tapi..tapi Encik Firdaus macammana?”tanya Raz.Kemudian baru teringat kejadian Firdaus menjerkahnya, Pasti dia sudah memecat dirinya.
 “Firdaus yang minta saya hantar awak balik ke KL.”jawab Faris . “Ouh.”ucap Raz sepatah. ‘Mesti dia marah sangat sampai dah tak nak jumpa aku.Sampai hati encik buat saya macam ni.’sayu hati Raz. Dia menahan diri agar tidak menangis di depan Faris.
 “Tapi beg pakaian saya macammana?”tanya Raz. “Ouh,tak apa.Itu saya akan uruskan kemudian.”jawab Faris. Dia tidak akan membiarkan Raz pulang semula ke hotel itu untuk bertemu Firdaus.
 Raz hanya mengangguk. “Erm,Encik Faris.Saya rasa saya dah sihat.Erm,apa kata kita bertolak sekarang.’pinta Raz . Lagi lama dia di sini lagi lama dia akan terlalu mengingati Firdaus. “Ok.Kejap saya akan uruskan hal awak dengan jururawat dulu.”kata Faris. Raz hanya mengangguk.
 Setelah menguruskan hal pengeluaran Raz mereka bertolak.Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya mendiamkan diri. Raz berpura-pura tidur dan menghadapkan wajahnya ke arah yang tidak dapat dilihat oleh Faris.Dia terpaksa melakukan hal begitu kerana dia tidak dapat menahan tangisannya.
  Firdaus memandu keretanya mengikut kehendak hatinya.Dia ingin mencari Raz. Ketika sedang memandu dia perasan kereta Faris membelok masuk ke salah satu jalan. “Faris.”ucapnya.
 Dia menekan minyak mengejar kenderaan itu. Ketika dapat mengejar nya dia memotong kereta itu dan brek di hadapannya.Faris brek mengejut.Raz yang sudah tertidur terjaga. “Encik Faris,kenapa ni?”tanya Raz. Tiba-tiba pintu sebelah Raz dibuka dan satu tangan menarik tangannya.
 Raz yang terkejut memandang wajah orang yang menariknya tadi. “Bos.”ucapnya sepatah. Faris memegang tangan Firdaus. “Lepaskan dia.”kata Faris.
  Firdaus menumbuk wajah Faris. Faris terjatuh.“Bos.”jerit Raz. Dia membantu Faris bangun. Firdaus menarik tangan Raz masuk ke dalam kereta.Kemudian dia memandu pergi daripada situ.  “Bos,apasal buat Encik Faris macam tu.” Marah raz.
 Firdaus tidak menjawab pertanyaan itu dan terus memandu. Kemudian dia berhenti di tepi jalan. Dia menarik wajah Raz dekat dengan wajahnya. Raz tergaman. Dahi mereka bersentuhan. “Sa..saya cintakan awak.Tolong jangan tinggalkan saya.”ucap Firdaus tulus.
 Raz terkejut. “A..apa bos cakap?”tanya Raz sekali lagi. “Saya cintakan awak.Percayalah.Saya cintakan awak sepenuh hati saya.”kata Firdaus. Raz memandang wajah Firdaus tidak percaya. Wajahnya mula memerah. “Saya betul-betul cintakan awak.”ucap Firdaus sekali lagi.
 Raz memegang dadanya yang berdegup kencang. “Tolong terima saya sebagai suami awak.”kata Firdaus ikhlas. Raz mengukir senyuman dan akhirnya dia memulakan bicara. “saya setuju.Saya pun cintakan bos jugak.”ucap Raz dengan penuh ikhlas.
  Mereka berdua tersenyum dan berpandangan. “Saya cintakan bos.”ucap Raz sekali lagi. “Me too.”kata Firdaus penuh romantis. Mereka berpandangan dan akhirnya masing-masing tertawa. “Penat je selama ni saya fikir saya dah jadi gay.”kata Firdaus sambil mencuit hidung Raz.
 Raz tertawa. “Ouh,nama sebenar awak apa ek?”tanya Firdaus. Raz tertawa. “Rose.Rose Qistina.”jawab Raz. “Waa,nice name. I love it.”kata Firdaus sambil memandang tepat ke mata Raz menyebabkan Raz tunduk malu.

*******
  “Abang,tolong.Sakit.”jerit Raz. Firdaus yang sedang menyiapkan kerja di bilik kerja mini di rumah mereka terkejut lantas menutup computer dan berlari ke arah isterinya.
 “Sayang,kenapa ni?”tanya Firdaus. “Perut sakit.Rose rasa dah sampai masanya ni.”kata Rose dengan wajah berkerut-kerut. “Habis tu apa kita nak buat ni?”tanya Firdaus panic. “Bawa la saya ke hospital.”marah Raz. “Hospital.Hospital. Kunci kereta.Kunci kereta mana?”tanya Firdaus.
 “Abang,kat mana lagi abang letak kunci dalam dunia ni kalau tak dalam kotak kunci.”marah Raz.Dia yang kesakitan, suaminya pula yang terlebih dos paniknya. “Ouh.Lupa.”kata Firdaus lantas menuju ke arah kereta dan menghidupkan enjin kereta lantas memandu keluar daripada laman rumah banglo 3 tingkat itu.
 “Eh,isteri aku mana?”tanya Firdaus bodoh. “Alamak.Aku lupa.”Firdaus menepuk dahi. Dia memandu pulang ke rumahnya kembali.
 Raz membebel-bebel geram. “Abang ni ada ke tinggalkan saya pulak.Apa la abang ni.Abang janganla panic macam tu sekali.”bebelnya.Firdaus hanya tersengih.Sebaik tiba ke hospital dia terus dibawa masuk ke wad kecemasan. Doktor meminta Firdaus memberikan kata-kata semangat untuk Raz dan menemaninya sepanjang proses bersalin.
 Namun tidak sampai beberapa saat dia pula yang terpaksa diusung keluar oleh jururawat.Maklumla Firdaus ini jenis mabuk darah. Ibu bapa Raz dan Firdaus turut bergegas ke hospital setelah dimaklumkan oleh Firdaus.Tepat jam 12 malam tanggal 31 ogos lahirlah seorang bayi lelaki seberat 2.9 kilogram.
 Firdaus mengambil anak lelakinya itu dan mengazankannya. “Cucu ayah lahir 31 ogos.Nampaknya bakal jadi askar ni.”gurau Pak Harun. Datin Faridah dan Datuk Zazali turut tertawa. “Hai,Firdaus,Firdaus. Macammna la kamu boleh pengsan tadi.”kata Datuk Zazali.
 Firdaus tersenyum dan mengusap rambut isterinya. Dia mencium dahi isterinya. Bayi yang diberikan nama Mohamad Daniel itu didukung oleh neneknya Mak Temah. Tiba-tiba bayi itu menendang wajah neneknya itu. “Amboi,kecik-kecik dah pandai menendang.Ish..memang nak jadi askar kot ni.”kata Mak Temah.
 Semua yang hadir tertawa.  Firdaus memandang Raz. “Thanks dear for giving me this soldier baby.”ucap Firdaus. Raz tertawa halus.
  “Hello bro.Congratulation.”tegur Faris yang tiba-tiba masuk. “Thanks bro.Mana bini kau?”tanya Firdaus. Tiba-tiba masuk Balqis dengan senyuman. Faris memeluk Balqis. “Hai Balqis,”Tegur Raz. “Hai Rose.” Jawab Balqis. Balqis memegang perutnya. “Bila tarikh lahir?”tanya Raz. “Dalam bulan ni la jugak.”jawab Balqis.
 “Nanti bolehla diorang berkawan nanti.”kata Raz. Balqis tertawa. Sedang semua rancak berbual dan mengusik bayi yang baru lahir itu tiba-tiba Balqis menjerit. Semua berpaling ke arah Balqis. “Kenapa ni Balqis?”tanya Raz. “Sakit perut.”jawabnya.
 Mak Temah memegang perut Balqis. “Eh,dah nak keluar ni.”kata Mak Temah yang berpengalaman dalam bidang bidan itu. “What?”semua yang lain menjerit serentak. “Nurse.”Jerit Datuk Zazali.Darah membasahi kain Balqis. Dan serentak dengan itu juga Faris dan Firdaus tumbang ke tanah. “Abang.”jerit Raz dan Balqis.

 Penulis: Hai semua. Erm ni nak citer sikit macammana Firdaus dan Faris boleh berbaik semula. Pada hari perkahwinan Firdaus dan Rose,Faris datang dan meminta maaf dengan Firdaus. Walaupun kecewa Faris tetap memberikan senyuman manis. Semasa Faris ingin meninggalkan majlis,Faris ternampak Balqis sedang menangis teresak-esak di luar ballroom.
  Setelah disoal rupanya Balqis selama ini meminati Raz dan sebab itu jugalah dia sentiasa menelefon Raz. Jadi kiranya mereka berdua ni dalam kategori manusia yang putus cinta dan sedang kecewa.Faris cuba memujuk Balqis dengan membelikannya aiskrim namun tangisan Balqis semakin kuat.Faris serba salah lantas menarikan dan menyanyikan  lagu three bear  macam dalam cerita korea terkenal ‘Full House’.Akhirnya tangisan Balqis hilang dan digantikan dengan tawa riang.
 Selepas itu mereka mula menjalinkan hubungan dan entah macam mana terjatuh cinta la pulak.Mereka akhirnya berkahwin.
  Balqis telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.Diberi nama Nur Hurul Ain yang bermaksud cahaya bidadari.  Rose dan Balqis berpakat untuk menjadikan Daniel dan Hurul Ain sebagai adik beradik susuan.
  Tahun demi tahun berlalu dan Daniel serta Hurul Ain menjadi lebih akrab dan minat mereka terhadap penyiasatan amat terserlah. Kadang-kadang beg berjenama Rose juga menjadi mangsa hasil dua ‘penyiasat cilik’ itu.  Kononnya ada penjenayah yang menyembunyikan cip kamera untuk mengintip jumlah wang yang Rose ada. Alahai…suci sungguh.
 Firdaus dan Faris pula menjadi rakan kongsi dan baru sahaja membuka cawangan ketiga syarikat mereka.Setakat ini sahajalah cerita saya.Moga anda terhibur.
TAMAT.


P/S : Cerpen ni saya lupa bila saya karang. Rasanya masa saya tingkatan 4 atau 5 mungkin. Banyak kekuranganya. Imaginasi pun agak terlebih. Haha. But still I think I need to post this because I enjoy it and I hope all of you enjoy this. So thank you very much sebab sudi baca dan please leave your comment below, negative or postive I'll will accept it and saya akan baiki kekurangan diri. terima kasih. 











No comments:

Post a Comment